NADI X Keusahawanan-Webinar Pemasaran digital-Modul 2-Asas Komunikasi Visual
31 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 30 Mac 2026, bermula pukul 2.00 petang, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan iaitu Webinar Pemasaran digital Modul 2 iaitu Asas Komunikasi Visual.
Tujuan kelas ini diadakan adalah khas untuk usahawan dan bakal usahawan dengan pembelajaran atas talian yang memberi fokus kepada topik media digital, asas penyuntingan, aplikasi dan asas penciptaan video. Peserta diajar tentang media digital iaitu poster dan video pendek. Selain itu peserta diajar tentang asas penyuntingan dan aplikasi yang menghasilkan video yang berkualiti serta diberikan penerangan tentang asas penciptaan video.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: